1.
PENGENALAN
Pertanian merupakan aktiviti
ekonomi yang paling penting kerana ia menggunakan satu pertiga daripada
permukaan bumi. Pertanian tidak lagi boleh dipisahkan dari kehidupan manusia
yang semakin ramai yang mempunyai pelbagai citarasa dan kehendak. Di peringkat pertama,
masyarakat manusia hanya bergantung kepada aktiviti seperti memburu dan
mengumpul makanan sahaja kerana tidak berkebolehan untuk menyediakan sumber
makanan yang mencukupi.
Berbanding dengan masyarakat
moden yang jumlahnya hampir mencapai angka 6 bilion orang, aktiviti pertanian
yang cekap dan produktif menjadi aktiviti penting bagi menghasilkan sumber makanan
dan gentian yang banyak. Aktiviti ini
memerlukan tenaga kerja dan penjagaan rapi.
Sektor pertanian sememangnya
merupakan sektor utama bagi negara-negara yang kian pesat seperti Malaysia.
Malah ia merupakan ciri terpenting yang membandingkan status antara
negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyalurkan
kepada asas pembentukan dan kemajuan ekonomi Malaysia dalam era selepas merdeka
yang mana pada masa tersebut majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi
berasaskan pertanian.
2. KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Sektor pertanian berfungsi sebagai perniagaan yang
menguntungkan dan menjadi salah satu sumber keperluan dalam kehidupan petani
atau sesiapa sahaja yang mengusahakan bidang tersebut. Sektor ini dilihat berpontensi tinggi
untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi. Pertanian sememangnya boleh
mendatangkan keuntungan yang berlipat
kali ganda jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
2.1 Memberi Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
Majoriti masyarakat desa
masih kurang berkemampuan dan masalah ini dapat diatasi melalui pembangunan
sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, kewangan, khidmat
nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan. Hasil pertanian dapat digandakan
melalui pembangunan sektor ini dan secara langsung menambahkan lagi peluang
pekerjaan masyrakat desa dan meningkatkan pendapatan. Peluang pekerjaan mampu
diwujudkan kepada masyarakat tempatan. Apabila bidang pertanian merupakan
sektor utama negara, pasti banayak industri yang melibatkan pertanian
memerlukan pekerja yang mahir.
2.2 Bekalan Bahan
Mentah
Selain itu, sektor pertanian
merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi sekunder
dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalam
proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport.
Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk
koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat
diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang
dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran
antarabangsa. Selain itu, hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama
adalah untuk kegunaan domestik rakyat sesebuah negara. Sebagai contoh, beras
merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita dapat menikmati harga makanan yang
rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita. Contoh yang lain
kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti
tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.
2.3 Bahan Eksport Utama
Indeks imbangan perdagangan
iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja import dapat diseimbangkan untuk
mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara kita melalui pembangunan sektor
pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian dijadikan sebagai bahan
eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan seperti getah dan
minyak kelapa sawit. Negara kita dengan bangganya pengeluar kedua terbesar di
dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam
memajukan sektor ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat dilihat melalui
sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan import negara.
Dasar penggantian import
diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan
import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan
sektor ini. Sebagai contoh, buah-buahan merupakan bahan import utama negara
kita. Untuk menggantikan import bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil
langkah mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang
dilakukan dalam sektor utama. Justeru, kedudukan kewangan negara dan struktur
ekonomi yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara
yang seimbang.
Kepentingan teknologi
terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui pembangunan sektor
pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan ekonomi dan pasaran untuk
bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil negara atau tujuan
pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan amanat Tuhan kepada
manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
(gambar 1 menunjukkan jentera memproses hasil tanaman)
2.4 Menjaga Kepentingan
Keseimbangan Ekologi
Pembangunan sektor pertanian
dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca pendapatan yang stabil tanpa
mengakibatkan pencemaran alam yang teruk seperti pengaruh luar yang negatif
daripada pembangunan perindustrian yang pesat. Sektor perindustrian yang
dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi melalui pencemaran perkilangan
seperti pembebasan asap beracun, pembuangan sisa-sisa toksik ke sungai,
kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan banyak lagi. Pembangunan
sektor pertanian dapat menjaga kepentingan keseimbangan ekologi. Sektor
pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penanaman, penyuburan tanah,
pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat menjamin hasil ekonomi yang
lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
(Gambar
2 menunjukkan petani malakukan proses penanaman padi)
2.5 Mengurangkan Import
Negara
Kebaikan seterusnya sektor
pertanian ialah dapat mengurangkan import negara dalam barangan pertanian.
Kebanyakan bahan yang diimport oleh negara kita adalah barangan makanan seperti
beras dan sayur-sayuran. Jika barangan makanan ini ditanam dalam kuantiti yang
banyak, pasti negara kita dapat mengurangkan eksport sekaligus dapat
mengelakkan pengaliran wang ke luar negara. Malah, hasil pertanian yang banyak
dihasilkan oleh negara kita boleh juga dieksport ke luar negara. Jika negara
dapat mengeksport hasil pertanian ke luar negara, sudah pasti ekonomi negara
akan bertambah kukuh.
Sektor pertanian juga dapat
membekalkan bahan asas untuk menghasilkan bahan kedua di kilang-kilang.
Realitinya, bahan yang dibeli dalam negara lebih murah jika dibandingkan dengan
bahan yang dibeli dari luar negara. Oleh itu, secara tidak langsung sektor
perkilangan dalam negara juga akan mendapat manfaatnya. Keuntungan syarikat
dalam negara secara tidak langsung akan menambahkan pendapatan negara melalui
pencukaian. Dengan pertambahan pendapatan negara, maka lebih banyak projek
pembangunan dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat.
(Gambar 3 menunjukkan petani mengumpul hasil tanaman)
3. POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Aktiviti pertanian merupakan aktiviti ekonomi negara
sejak sekian lama, iaitu sejak era sebelum merdeka lagi dan masih relevan
hingga kini. Walau bagaimanapun, kebanyakan isi rumah luar bandar yang
melakukan aktiviti pertanian sering dikaitkan dengan kemiskinan. Sivar dan Hassan
(1994) menyatakan bahawa petani di luar bandar merupakan golongan termiskin
yang mempunyai peratusan yang tinggi berbanding golongan bukan petani di
bandar. Menurut beliau lagi perbandingan indeks kemiskinan di bandar dan di
luar bandar juga menunjukkan bahawa peratusan indeks kemiskinan bagi penduduk
luar bandar lebih tinggi berbanding peratusan indeks kemiskinan bagi penduduk
di bandar (rujuk Jadual 1).
Jadual 1 : Peratusan indeks kemiskinan bagi penduduk luar
bandar dan bandar
|
Tahun
|
Bandar(%)
|
Luar bandar (%)
|
|
1970
|
21.3
|
58.7
|
|
1976
|
15.4
|
45.7
|
|
1979
|
17.5
|
45.8
|
|
1984
|
8.5
|
27.3
|
|
1987
|
8.5
|
24.8
|
|
1989
|
7.1
|
21.1
|
|
1992
|
4.7
|
21.2
|
|
1995
|
3.6
|
14.9
|
|
1997
|
2.1
|
10.9
|
|
1999
|
3.3
|
14.8
|
|
2002
|
2.3
|
13.5
|
|
2004
|
2.5
|
11.9
|
|
2007
|
2.0
|
7.1
|
|
2009
|
1.7
|
8.4
|
|
2010
|
1.7
|
8.4
|
|
2011
|
1.7
|
8.4
|
|
2012
|
1.0
|
3.4
|
|
2013
|
1.0
|
3.4
|
|
2014
|
0.5
|
2.7
|
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi, 2012)
Pertanian sememangnya menjadi tulang belakang kepada
kebanyakan penduduk di luar bandar, namun terdapat juga petani di luar bandar
yang mempelbagaikan aktiviti ekonominya yang tidak terhad kepada aktiviti
pertanian sahaja (World Development Report, 2008: 204). Aktiviti bukan
pertanian di luar bandar tumbuh lebih daripada 10% setahun antara tahun 1980
dan awal 2000 di beberapa negeri Amerika Latin. Di Chile, kadar penglibatan
tenaga kerja di luar bandar dalam aktiviti bukan pertanian meningkat daripada
25% pada tahun 1960 kepada 49% pada tahun 2002. Menurut Lanjouw (2000) beliau telah membuktikan peranan yang dimainkan oleh
sektor bukan pertanian kepada pengurangan kemiskinan di luar bandar melalui
kajian ke atas isi rumah di Ecuador. Hasil kajian beliau menunjukkan sektor
bukan pertanian telah menyumbang 40% kepada pendapatan di luar bandar. Hampir
40% kaum lelaki dan 50% kaum wanita terlibat dalam aktiviti ini. Menurut De
Janvry (1981), upah daripada membuat kerja sambilan di luar bandar selalunya
menjadi pelengkap kepada ketidakcukupan pengeluaran pertanian dalam memastikan
keperluan penggunaan isi rumah terus dinikmati.
Pertanian
merupakan tunggak utama dan asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber
makanan, kewangan mahupun ekonomi. Apabila adanya tanah untuk diusahakan,
kerajinan dan usaha si petani mahupun penternak, itu saja sudah cukup untuk
memastikan bidang pertanian ini terus berkembang pesat. Situasi yang
membolehkan sesuatu aktiviti pertanian itu bertukar menjadi satu perniagaan
boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau penternak tadi
bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan telah dapat
memberi keuntungan kepada pengusahanya. Jadi, mereka boleh menjual hasil
tanaman dan ternakan mereka kepada orang ramai. Jika para peladang dan
penternak ini bijak menguruskan wang, mereka boleh menjana wang dengan lebih
banyak lagi dan sekali gus menaikkan lagi ekonomi Malaysia.
“Pertanian
adalah perniagaan” merupakan satu slogan atau kata-kata yang sangat popular.
Slogan ini bermatlamatkan untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah
negara perindustrian ke sebuah negara pertanian. Dengan melakukan
aktiviti-aktiviti sektor pertanian, seseorang itu mampu memperolehi pendapatan
yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja tetapi juga
kepada masyarakat sekelilingnya. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga
perlu ditukar. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti
kepada sektor ini. Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur
terutamanya belia dan bukan hanya petani-petani yang sudah lanjut usianya. Ini
juga dapat menghindar para remaja di Malaysia daripada melakukan aktiviti-aktiviti
yang tidak mendatangkan kebaikan. Pada masa ini, anak-anak muda masa kini punya
idea yang kreatif dan inovatif. Mereka boleh menjadikan sesuatu produk
lebih menarik untuk dijual kepada orang lain dan ini juga satu kelebihan yang
harus diguna.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian
bukanlah bersifat satu langkah ke belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah
satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan
seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara. Dalam memajukan bidang
pertanian, kerajaan telah melakukan banyak perubahan daripada aspek proses dan
keperluan jentera. Dengan bantuan agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, kita telah berjaya menghasilkan
pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang
terkini. Dengan itu, para pengusaha ladang dapat menggunakan
teknologi-teknologi baru ini untuk menambah baik sistem di ladang mereka sekali
gus meningkatkan kuantiti dan kualiti penengeluaran.
Selain itu, hasil tanaman mahupun ternakan yang pada asalnya adalah untuk
kegunaan sendiri kini boleh dijual kepada orang ramai. Jika para pengusaha
lebih kreatif dalam menginovasi hasil tanaman mahupun ternakan, mereka boleh
menghasilkan produk yang baru darinya. Sebagai contoh, peladang yang menanam
durian tidak terhad hanya menjual durian mengikut buahnya sahaja. Mereka boleh
mempelbagaikan lagi hasil durian mereka seperti membuka gerai yang menjual buah
durian, cendol durian, pulut durian dan semua makanan yang berasakan durian.
Ini bukan saja sesuatu baru tapi mampu menarik ramai pelanggan sekali gus para
pelancong dari negara lain yang mahu merasa keunikan buah durian. Terbuktilah
bahawa pertanian berpotensi menjadi satu perniagaan yang memberi hasil yang
cukup lumayan.
Kejayaan sesuatu bidang itu bergantung kepada usaha yang
dicurahkan oleh seseorang individu. Dalam bidang pertanian, sudah tentulah
hasil usaha yang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi daripada peladang dan
penternak mampu mendatangkan hasil yang menguntungkan. Lebih-lebih lagi dengan
bantuan yang diberikan oleh kerajaan daripada segi kewangan mahupun peralatan
moden. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu padu untuk memastikan slogan
“Pertanian adalah Perniagaan” ini menjadi kenyataan. Bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing, begitulah tanggungjawab yang perlu digalas
oleh semua pihak yang terlibat.
4. CABARAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Sektor
pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara
membangun seperti Malaysia. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang
membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor
ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di
dalam era selepas merdeka yang mana pada masa tersebut, majoriti penduduk
tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.
4.1
Perubahan Iklim
Perubahan
iklim dunia secara mendadak berupaya menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia
dan merupakan rintangan utama dalam bidang pertanian. Kenyataan ini boleh
dibuktikan melalui laporan Perkembangan Ekonomi Malaysia pada suku pertama
tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu “pertumbuhan
dalam sektor pertanian menguncup 3.8% (S4 2015 : 1.5%), terutama mencerminkan pengeluaran
minyak sawit yang lebih rendah, berikutan fenomena cuaca El Nino yang
menjejaskan hasil tanaman.”
Faktor bencana alam seperti banjir, kemarau
dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah pengeluaran semasa dan lebih teruk lagi
pengusaha terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kemusnahan tanaman.
Turut memetik kenyataan Pengarah Pertanian Terengganu, Encik Yusof Maidin
kepada akhbar Sinar Harian online pada 3 Februari 2013, bencana banjir di
Terengganu memusnahkan tanaman seluas 688 hektar dengan kerugian lebih RM1.7
juta, membabitkan lebih 12,000 petani. Tanaman paling banyak terjejas adalah
padi meliputi kawasan seluas 275.5 hektar, diikuti tanaman kontan (149.82
hektar), sayur-sayuran (115.38 hektar) dan pokok buah-buahan (103 hektar).
Selain tanaman, banjir itu turut memusnahkan peralatan dan mesin pemprosesan
mengakibatkan kerugian RM42,000.00 kepada 10 pengusaha.
4.2
Kekurangan Tanah
Masalah
kekurangan tanah yang sesuai untuk tujuan pertanian komersil berskala besar. Melalui
kajian tapak yang dijalankan oleh Rafiqah Mat dan Aziz Abdul Majid (2015)
mendapati “pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan
dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik, kekurangan tanah
kosong, tanah yang kurang sesuai untuk pertanian dan masalah sewa tanah”.
(hlmn. 51).
Saiz tanah yang terhad hanya menghasilkan
jumlah pengeluaran berskala kecil sahaja dan menampung keperluan di pasar-pasar
dan kedai-kedai sekitar nya. Hal ini tidak membantu meningkatkan julat
keuntungan kepada pengusaha, sebaliknya pendapatan yang statik ditambah pula
beban kos utiliti yang saban hari semakin tinggi, hanya mengundang kepada
masalah baru iaitu peningkatan harga makanan dan harga.
4.3 Kekurangan Tenaga Buruh
Beberapa
kelemahan strukur yang masih terdapat di dalam sektor pertanian memerlukan
penyelesaian segera. Masalah kekurangan buruh dan purata umur mereka yang
terlalu tinggi telah mengakibatkan kos purata pengeluaran meningkat, yang
seterusnya mengancam kedudukan faedah berbanding negara ini didalam pengeluaran
dan eksport komoditi utama di dunia. Langkah sementara yang sedang diamalkan sekarang
dengan mengambil buruh-buruh imigran masih jauh daripada satu penyelesaian yang
muktamad. Malah, sifat buruh-buruh ini yang sering berpindah randah kerana
meneari persekitaran yang lebih selesa bukan sahaja mengakibatkan timbulnya
masalah pengurusan estet, bahkan dalam jangka panjang, boleh mengancam
kedudukan ekonomi estet-estet
pertanian.
Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian
dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang
membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan
perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak
stabil.
Penghijrahan tenaga
buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan
kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di
Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun
demi tahun.
4.4 Kekurangan Modal
Kekurangan modal pula
merupakan benteng untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam
semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi
daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani
terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam
tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi.
Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar,
mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.Selain daripada itu, negara juga
menghadapi masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu.
5. SOKONGAN DAN BANTUAN
KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Usaha kerajaan untuk membangunkan memberi bantuan telah
bermula sejak zaman penjajahan lagi.Usaha ini diteruskan selepas
kemerdekaan.Kepentingan pertanian sering diakui dan diberi sokongan oleh
kerajaan.Penekanan terhadap sektor ini berbeza dari semasa ke semasa bergantung
kepada keperluan dan desakan semasa.
5.1 Transformasi Ladang
Keluasan tanah yang
tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang besar. Program
untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah
terbiar secara berkelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan
Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good
Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan
adalah berkualiti tinggi dan selamat diguanakan. Program Plantation Integration
Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan
perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.
5.2 Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan
Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi
Negara perlu
meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada
tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu
pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan
belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian,
dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam
pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan
melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture
dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.
5.3 Pengurusan
Ladang Yang Moden
Program latihan dan
kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan
kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala
pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang
berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.
5.4 Daya saing
Lebih Tinggi
Kualiti produk yang
rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat
bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan
jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan
pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara
akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara
perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi
membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara
meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang
ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang
pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.
5.5 Mempelbagaikan
Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan
terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan
kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan
juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk
mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan
mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang
tinggi.
5.6 Pengezonan
(zoning)
Selaras dengan
pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral
melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini
bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat
dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi.
Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon
tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC).
Perlaksanaan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil
mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain
daripada itu, ia juga membolehkan kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut
jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
5.7 Latihan
Pusat Latihan
Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai
program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan
dan berkemahiran. Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf
40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada
golongan sasar.
5.8 Infrastruktur
Sebagai usaha untuk meberi
sokongan dan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha
meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor ini.
Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan
ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada
itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk
pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan
rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
6. KESIMPULAN
Kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus
dikesampingkan dan fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan
sebuah negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan
yang seimbang inilah yang merupakan langkah yang besar oleh negara kita dalam
menuju ke Wawasan 2020.
Di negara seperti Amerika
syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, golongan petani dipandang
tinggi kerana mereka tergolong dalam golongan yang kaya raya. Situasi ini
mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang
subur, bebas daripada bencana alam atau hura-hara yang boleh memusnahkan
sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita
telah mensia-siakan anugerah sumber perniagaan yang ada.
Melalui
strategi-strategi yang telah disusun
oleh kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di Malaysia, 'Pertanian
adalah perniagaan' sudah pasti akan dapat dilaksanakansekiranya kita sama-sama
mencari jalan untuk memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya
sebagai salah satu sumber pendapatan kita.
RUJUKAN
Amriah Buang & Ratnawati Yuni
Suryandari (2009). Pertanian Kontrak Sebagai Satu Kaedah
Memajukan Petani Kecil Melayu:
Tanggapan Dan Penilaian Komuniti Tani Tempatan Di Zon Utara, Semenanjung Malaysia Terhadap Prestasi Program Pertanian Kontrak . Geografia Onlinetm Malaysian Journal Of Society And Space 5 Issue ,11 -
22.
Arifin
& Ismail(2015). Peranan Pertubuhan Peladang Kawasan Membasmi Kemiskinan Petani: Kajian Kes Di Selama, Kedah Darul
Aman. International
Journal of Environment, Society and Space, 3(2), 40-56.
Nur Badriyah Kamarul Zaman,
Jamal Ali, Zakirah Othman & Kamal Abdul Hamid (2013)Pertanian Mapan:
Cabaran dan Strategi Pembangunan dalam Sektor
Pertanian di Negeri Perlis,GEOGRAFIA OnlineTM Malaysia Journal of
Society and Space 9 issue 1 (24 - 33) .
Rafiqah
Mat & Aziz Abdul Majid (2015). Kepentingan
Pertanian Bandar Dan Cabaran Yang
Dihadapi Oleh Petani Bandar Di Malaysia. International Journal of Environment, Society
and Space. 2015, 3(1), 44-56.
R.D. Hill(2013). Agriculture in the Malaysian Region. National University of Singapore. Singapore.
.